Nov 7, 2011

15 Anugerah Untuk Wanita Yang Allah Berikan


1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. Lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,“Tidak”.

Sabda Baginda, “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.”

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah ( Kaabah).

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit di antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang diperbuat daripada permata yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. “Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya.”
Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

TenTanG DiA...


sebuah kisah yang direka untuk di jadikan pedoman dan pengajaran buat diriku dan kwn2.

bissmillah..

sebuah kisah tentang seorang muslimah yang sedang berusaha untuk berubah menjadi lebih baik dan TERBAIK! walaupon dilanda ujian DUNIA.. teguh ke dia? kuat ke dia? kadang2 dia merasakan dirinya kuat untuk hadapi ujian2 itu tapi sebenarnya sungguh lemah, hanya Allah je tahu bhwe lemahnya muslimah ini.. Dia di uji dengan kehadiran dua org lelaki dlm hidupnya. ...........

muslimah = saffiya.
lelaki 1 = muslim.
lelaki 2 = asyraf.

bermula la sebuah kisah yang menguji keimanan dan kesabaran seorang muslimah di sebuah kampus. Pada awalnya, safiyya enggan menyambung pelajarannya kerana ingin bekerja terlebih dahulu, akan tetapi apabila di fikir2 kn, akhirnya safiyya bersetuju menyambung pelajarannya. safiyya melanjutkan pelajaran dalam bidang akaun di UITM.

safiyya berasa sgt kekok berada di situ kerna hny dia seorg memakai tudung labuh, tp dia cuba membiasakn dirinya disitu, dn akhirnya dia berjaya membiasakan dirinya disana.

setelah seminggu dia berada di situ, ade seorg kwn meyampaikn berita yg kurang sedap, ade seorg classmate suka pd safiyya..safiyya berasa x sdap aty dn agk malu untuk ke kelas, nme lelaki itu ialah asyraf. safiyya mintak bntuan pd Muslim, safiyya beritahu Muslim yang dy x mhu ade mslh dlm bljr so safiyya xnk terima ape2 luahan persaan dr lelaki. dy nk tumpu dlm belajar. Muslim semakin akrab ngn safiyya menyebabkn Asyraf cmburu dn Asyraf tlh beri amaran kpd Muslim spye menjauhi Safiyya. Asyraf semakin menjauhi Safiyya kerna merasakan dirinya tidak layak untuk Safiyya. Pada suatu hari, Safiyya menerima sms pnjg dr Muslim, Muslim meluahkn isi hatinya pada Safiyya. Pada awalnya Safiyya hanya menganggap Muslim sbg abg tetapi persaan syg Safiyya pd Muslim semkin membuak, dy cuba mengawal perasaannya tp dy GAGAL. Safiyya start ber-sms dn ber-call2 dgn Muslim. Kami gagal mengawal persaan masing2.

Muslim seorg yang bijak. dy sering dpt markah tinggi dlm kelas. Kami selalu bersama-sama kemana sekali pon. susah untuk dipisahkn, kami selalu belajar bersama2. sehinggakn ade lecture yang perasan keakraban kami. Ade yang bertanya ade kami bercinta, kami akn mengatakn 'TIDAK' , Muslim hanya mampu tersenyum setiap kali di ajukn soalan sebegitu..
Rakan2 kat kelas selalu usik kami, dorg selalu ckp , "aku nk korg kekal smp ble2" . HAHA!.

Safiyya sgt2 sygkn Muslim, dy ingin hidup bersama Muslim. Keluarga Muslim n Safiyya dh tahu tentang hubungan kami, kami tidak boleh nk mengelak tp ibu Muslim menasihatkn kami spye belajar terlebih dahulu, abiskn belajar, cri duit bru blh kawen.
yup. kami tahu tentang itu. kami akan selalu call n msg sbb x mampu menahan rindu. :).

tp kini, kami amat jarang cntc, bkn sbb x RINDU tp kami sedang dlm proses mengawal perasaan kami sendiri, kami tak mahu terus di selubungi dosa,. tapi Safiyya tetap menanti Muslim, begitu juga Muslim.......................

-TAMAT-

mungkin agak tergantung tp x leh la nk cter pnjg2. :)
act, cerita ni cerita betol tp di ubah suai..:)

RINDU adalah ZINA HATI.